Jerry Mazlan said in the Malaysia Forum:
Demonstrasi Bersih 2.0 di Kuala Lumpur. Demonstrasi haram yang dirancang oleh Parti Pembangkang yang dipanggil Bersih 2.0 mengalami kegagalan. Hujan lebat yang turun di Kuala Lumpur menyebabkan para demonstrator bertempiaran lari untuk mengelak basah. Ramai yang mengambil keputusan untuk pulang rumah. Ramai dari mereka juga telah ditangkap oleh Polis kerana ingkar dengan arahan dan coba bertindak ganas. Beberapa orang demonstrator yang sempat ditanya menjelaskan bahawa mereka seakan2 membuang masa saja kerana ia tidak memberi kesan langsung kepada pemerintah. Ramai juga yang berasa seperti diperbodoh-bodohan oleh ketua pihak penganjur iaitu Datuk Ambiga yang berketurunan India. Kebanyakan yang mengikut demonstrasi adalah berbangsa Melayu yang mengaku terlalu beremosi. Selepas sedar akan kebodohan yang mereka lakukan, mereka sangat menyesal mengikuti demonstrasi ini. Mereka sedar bahawa, rakyat mempunyai hak untuk bersuara tetapi haruslah melalui medium yang betul. Demonstrasi adalah cara yang bodoh dan salah kerana ia mendatangkan keburukan. Penganalisis politik turut berpendapat bahawa, pihak pembangkang di Malaysia sudah kehilangan idea kerana Kalah pada setiap kali pilihanraya. Demonstrasi Bersih 2.0 yang mereka lakukan itu seperti mengemis kepada pemerintah untuk menang. Itu adalah sangat memalukan. Namun, pujian harus diberikan kepada demonstrator kerana tetap beretika semasa membuat demo. Tiada kerosakan harta benda yang teruk dilaporkan. Cuma sistem pengangkutan sedikit terjejas akibat banyak jalan ditutup. -Berita Kuala Lumpur
Source: http://www.topix.net/world/malaysia/2011/07/bersih-2-0-gagal?fromrss=1
how to apply for student financial aid how to avoid financial problems how to avoid financial tangles
No comments:
Post a Comment